CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 10, 2012

Ha ha ha haks

Khakkk ptuih...
sorry yer...arini kurang sehat sikit..otak aku jem..bukan jem biasa ..tp tart jem..mesti best kan?..best korok mung..sakit palo ambo neh..smalam tido lambat tgk citer Kamen Rider Special Edition..uihss...syok weh...pastu satu dvd...sambung lagi..sampai abes episode..hehehe..aku tau la korang jeles ..kan kan kan..sbb takde DVD tu...oklah kita ke tajuk yg sebenonye lah yer...harini aku tatau wat pe..tetiba je aku nampak sebijik buah kepala..i eman kelapa la dei..salah eja..saje malas wat corrections..keh keh keh..so aku amek buah kelapa tu ..aku kupas baik punya...aku belah..pastu mesin....dengan secara automatiknya aku suh sepupu aku dgn segera pegi beli rempah alagappas dua bungkuih..berserta 4 bijik tomato..ngan lima nam ekor ikan kembung yg cute miut...bila semua barang dah ader..aku pun memulakan operasi...dan sepupu kembali menjalankan aktiviti Paranormal dia...iaitu TIDO..tau makan je dia..tp xkesah la...karang aku bagi makan kuah sudahh..huhuhu...sesudah beroperasi..maka siaplah gulai ikan kembung Penang style 2012 ..hahaks...pk punya pk..takkan nak makan gulai ikan je kot...maka aku pun memanggil sepupu aku buat kali ke dua...untuk pergi membuat quest mencari barang2 yang aku perlu..dgn muka yg maseh mamai dia pon pergi membuat quest tersebut...pabila semua dah ready aku pon buat la operasi kali kedua.....kali ni selesai sudah operasiku...
1.Ikan bakar
2.Telur Goreng (Ade le sayur2 kecik2 yg dah dipotong tuuu)\
3.Kari Ikan Penang
4.sayur campur
5.Sambal belacan (kalau xder bender ni aku tak lalu makan nasik)
6.Ulam timun.. (untuk mengurangkan rasa pedas hehe)
7.Kacang Buncis goreng + Ikan Bilis
8.Nasi leeeee....

So dgn cergas aku menyuruh sepupuku yg terbeliak bijik mata untuk menyusun apa yang patut...pastu ...

MAKAN LAA...

tunggu apa lagi....
then lepas makan aku pun tatau wat pe...so aku buka blog..dan menaip..untuk menghabiskan dakwat blog aku,.sekian tima kasih kerana membaca cerita yg boring ini..aku sendrik pun boring ngan Entry ni...cehh...cite cenggini pon nak taruk lam blog,..cam puyu je (a.k.a Poyo la ngok) ..ehh..apsal aku menaip lagi?bukan ke dah abes...aaahhh tak kisah lahhhh...terasa rajin plak...rajin macam AJK kampung aku...sbb tu aku slalu undi dia...ahh abaikan je dia..bkn hensem pon..hensem lagi pakcik man sebelah rumah aku...umah dia ader ASTRO wooo...ader astro je...gunanya haraaaammm....kena potong...buat eksyen je...tgk cam aku...Astro?Parabola?..elehh...benda camtu...AKU...

PON...

TAKDAK...

kekeke...watpe ...rugi $$ je..baik aku simpan tuk hari tua bangka...ye tak...oklah...terpaksa blah la plak..member ajak gi pekan kuah beli suar plak...potong betol laa...okla...i cont next time ye...kuundurkan diri dulu yer...

Thursday, February 9, 2012

All ABout S

Hadussss.pesal malam ni bosan sangat tah....awat rasa pelik je..nak berfesbuk sahabat2 favourite aku pun xonline..tambah2 seseorang yg aku memang duk menanti-nanti seperti menunggu hujung bulan dapat gaji..Cik S ..cukup je lah ngan huruf S ..kalau X tu xpayah duk gagah laa...aku bkn kaki X punya naa...aku nak berterus terang benderang seperti lampu spotlight stadium kat dia..tapi aku tak berani macam dia ni.....(sila tgk gambar di bawah)..


Sungguh bergaya kan?....hmm...nak wat camne..aku bkn bergaya sangat pon...moto buruk...keta tadaa..keta jiran aku ada la..itu jiran aku yang punye bukan aku...asal aku nak cakap kat die je aku jadi blur...asal nak cakap kat dia je aku jadi gagap jari jemari aku ni...(jari gagap ke?ahh...pepejelah..)...nak main game pun aku jadi NOOB...semua pasal asik nampak muka dia je kat memana...tgk kicap ...kuar muka dia...tgk peti ais..kuar muka dia...tgk cermin je kuar muka aku sendrik....tgk jamban plak nampak muka member aku Azamzuri a.K.a Tam ...xcaya?...cuba tgkk....


Haaa...sakit perut aku nengoknye...kan dah nak ke jamban...rambut dia leh wat berus..tapi tak kesahlah...dia member aku...dari dia hingus dok meleleh lagi kekeke....baik buruk,hudoh dia memang aku anggap cam adik aku,...eh..eh..pehal aku citer pasal ko plak tam...haram tol...hmm...xpelah tam aku bagi le publisiti kat ang skit...kesian kat ang..menjanda 7X...haha...niu lagu untuk hang...

Semoga kenangan lalu dijadikan tauladan dan EXP hidup anda....oklah cukuplah nak promote diri hang..buang dakwat blog aku ja...ape pe pon...S ttp di hati..huhu...lenn kali la sambung...aku malas nak taip..berangan lagi best......huahuahua....

Ok cauu...

Saturday, February 4, 2012

Oh My Dato Samy Vellu..

 Hallo..hallo..long time no si si..but you ken si mi ka...if u ken si me u sure got bela jin..today i wang share u wat the menatang i wan tel you nau..its all abaut samy vellu the bla bla bla....baca je lah...!!


Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari” )

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk memberi sepatah kata dua"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Dato Samy Vellu.


 Hehehe..jangan maaaaaraaaahhh aaaaaaa.......nanti maruku tarak laku la Ayaa.... 

 




Tuesday, March 15, 2011

Kain pelikat Vs Ai-e

Kisah kain pelikat ni aku ingat sampai bila2 kerana ianya memang kenangan cukup malu AHAHAHAHhahaHAha

belum apa2 dah gelak.. kecoh tul aku ni... ok ok citer dia mcm ni
kisahnye bila dan waktu tu tak penting yg penting aku masa tu dah besar panjang.. kejadian ni adalah di kampung aku
aku ikut la parent aku balik kg kerana nak nak beraya di kampung
so esok nak raya, petang tu meriah la, semua sanak saudara, sepupu yg cun2 dan anak2 jiran yg lawa hahaha tapi itu aku abaikan seketika sbb aku nak citer pasal aku dan kain pelikat ni
so. bila malam kami semua ramai2 duk umah berbincang2 tanya kabar itu ini dan kat luar ada yg masak lemang dodol dan mcm2 le..
so disebabkan aku duk kampung masa tu, aku kena la pakai kain pelekat takkan la nak pakai jean atau suar pendek so tak sopan la. jadi aku pun nak tunjuk la diri2 lelaki yg sopan ala-ala teruna idaman dara eceh hahah
so bila dah larut malam, semua nak tido la.. cuti raya maklum ar ramai sanak saudara, bilik tak cukup so aku dan ada sedara2 lain tido kat ruang tamu ramai2.. memang best tido ramai2 mcm tu kan
so................... sedang lena diulik mimpi, aku punya la tido ala2 KL yg buas dan bangun pun paling lambat.. aku bangun masa tu dah terang org semua dah nak siap gi semayang raya
yang menjadi tanda tanya, SIAPAKAH YANG SELIMUTKAN AKU?
aku masa tu tgh baring2 dan blur tapi  tak bangun cuma aku rasa ada selimut dan aku terfikir sejenak, lalu rasa berterima kasih sbb kasi aku selimut masa aku tido
tiba2........ "AIK MANA KAIN PELEKAT AKU?"
aku punya saspen, rupa-rupanya kain pelekat aku jadi TALI PINGGANG. ARRGHHHHHH
Baru aku tau kenapa aku diselimutkan......

WKAKAKAKAKAKAKKAKAKAKAKA

Siapa yg selimutkan aku ni, apakah makcik, pakcik, sedara, sepupu yg cun? arghhhhhhhhhhhh
dgn pantas aku bangun aku mandi dan aku rasa MALU GILAAAAA
DAMN DAMN DAMN apakah mereka semua ataupun sebilangan sedara mara semua sudah tgk aku sebelum aku diselimutkan??

arghhhhhhh KATAKAN TIDAKKKKKKKKK

lepas tu balik semayang raya, aku tgk muka seko2 mcm biasa je, tada yg pelik.. tada yg gelak2 kat aku mahupun sebarkan gosip2 aku itu haha
takkan la diorg semua dah pakat jgn kecoh2 takut aku malu? tapi apa motif mereka selimut aku tu?
serius lepas ni aku dah cukup ngeri nak tido pakai kain pelekat kat umah sedara, takut dikhuatiri kain peleket bertukar menjadi tali panggang
walaupun ni kejadian betul dlm hidup aku, aku tetap anggap ini khayalan dan mainan mimpi utk men"cool"kan diri aku yg tekanan akan kemaluan aku yg terlampau itu

WKAKAKAKAKAAKAKA

JANGAN BIARKAN KAIN PELEKAT ANDA MENJADI TALI PINGGANG KARATE ANDA!

Apa Itu Karipap

Dulu...

Dulu laaa..

Citenya Gini...

Masa Aku Gi Melencong ke negara china ader gak aku buat survey tentang kuih "Karipap" mana tau kot kot diorang penah beli ke masak ke buat ke cilok ke..apa ke..so ader la aku minta komen kat pakcik2 yang hensem,macho,bergaya dan tampan bagaikan kapal tanpa layar,Bot tanpa enjin dan kereta lembu tanpa lembunya..

Soklannya Berbunyik Gini..

"PAKCIK YG HENSEM APAKAH ITU KARIPAP?"

Lalu..Para2 Juri,Hakim Dan Peguam Seta Saksi Telah memberi Komen...

                                                          
                                                            Uncle John Rambo Chen




Dengan gaya machancornya dia menjawa " Hoh? Ghapo dio?Karipap?Pokcik suko..Tgklah muscle diperut pokcik ni..ni semua gara2 karipap kekasih golap pokcik yg buat la ni.." 

Seterusnya...
                                                                 Mr. Kah Lee Pap

                                                "Karipap Besssttt..Betul2 Holiaw..OooOooo!!"    

Pada masa yg sama aku lalu kat bawah bukit tuu..terjumpa la pakcik ni...Tapi dia tak nak memberitahu nama sebenarnya..lalu dia meminta aku taruk nama popularnya..
             
                                                     Jamal Abdillah (Bukan Nama Sebenar)
        "Sedih arr gua..kerana karipap lah bini gua meninggal dunia..selalunya karipap yg dibeli tu dari kedai makcik melah..sobb..sobb...tapi haritu dibelinya dikedai hj saad..dah tahu haji saad tu pelupa...dibuatnya karipap berintikan intel processor duo core bersama Ram 1gb ...apa lagi...maka tercekiklah bini gua yg baru gua kahwini 4 hari lepas..sob..sob....sial betul haji saad..ku bunuh kaoo ku bunuhh kao..." sambil berlari membawa sebatang penyapu mencari seorang yg bernama hj saad...adakah anda Hj saad?..sebagai bonus dan permintaan beliau untuk meletak dan mengiklankan gambo bini dia..agar selalu akan diingati oleh beliau ketika melantak karipap...saksikan..

 GG.Com....gila la pakciknya ..betul ke idak aku pon tatau..tp dari sumber-sumber dan pusat sumber yg mengatakan beliau (Pakcik Jamal Abdillah) baru je kuar hospital sakit Jiwa yg terletak di wilayah Kongo utara...ahh..kita tinggalkan kes ini dulu ya...

Masa Nak beli tiket kapal selam untuk nak balik malaysia sempat gak aku meng-interbiu dua sahabat karib ni...
                                                            En. John Johny Janajan
"Haa masuklah masuklah.....lepak2 dulu...err...nak tanya ape tah?OoOo karipap?Pakcik hari2 pakai karipap..kalau tak pakai karipap pakcik takleh duduk laa...tak selesa.....bla..bla..bla..bla...."Belum sempat dia nak menghabiskan ucapan beliau..aku potong kat korner...lalu aku tanya "pakcik tau ke apa tu karipap?"
dijawabnya..."tauu...alaaa karipap tu jenama seluar dalam kan?kan?kan?kan?" .....lalu dgn ketensionan amat sgt aku pada pakcik ni ..aku beralih kepada sahabat sejati dia....
                                                           
                                                                En. Justin Bieberuk



Dgn segera dia berkata..."Korang jgn layan sangat ngan dia tu...dia tgh  mabuk tembakau jawa tuu...dia tu bkn reti ape pon....korang tanya bab ape tadik?" lalu aku menjawab "karipap pakcikk.." tanpa membuang masa dia mengambil pen dari jurukamera untuk membuat essay tentang karipap sambil meghisap paip buatan anak saudaranya yang kini telah berhijrah ke kutub utara bersama ahli keluarga yang lain..disaat-saat akhir dia bertanya...

"Karipap tu hape?"

tanpa membuang masa aku meninggalkan pakcik tu disamping pakcik tu memamnggil namaku bertalu-talu..sambil bertanyakan..apakah itu karipap...apakah itu karipap...

so dari survey aku mengatakan rakyat di china tidak tahu dan tidak pernah tahu apa itu karipap...itu belum aku tanya lepat pulut ke..cekodok ke...mau kelu lidah diorang menjawabnya....


Jangan biar diri anda diselubungi oleh KARIPAP...




er...korang paham ke apa matlamat blog ni?...aku sendiri yang menaip pon xpaham ape yg aku sedang buat ni...hampes....
                                                                                       

.                                                                               





                    
                                                                                                     

                                                                                                

                                                        




                                                                                                       

                                                                      

Kisah Awek Ngurat Aku Dulu Huhuhu~

disebabkan sambutan hangat dari korang yg nak dgr citer sedih, lawak, dan ntah pepe dlm hidup aku ini

jadi aku ada 1 cerita yg aku imbas.. ni citer dia korang kategori la jenis apa korang nak letak lawak ke sedih

Kisah nye begini....

Masa itu aku baru habis SPM (result tak yh amik tau la, sibuk je)

aku keje melepak je lepas tu aku blaja di Uitm... jadi aku selalu la ke CC utk buat assignment... pada masa tu plak ada seorg AWEK yg selalu main kat kat cc tu.. dia main apa? dia main internet la takkan main tenteng kot

jadi, secara tak langsung, aku telah dingorat beliau kerana kekacakan diri ku ini.. jadi aku aku tak menghampakan dia aku terima tapi aku tak terima 100% kerana aku masih teruna hahaha mcm celake

ok ok, berbalik pada cerita... aku tak kenal sgt girl ni, hati budi dan sapa dia ni, anak sapa, apa keje, duk mana,..... so aku kwn je la dulu utk aku lebih rapat..

Pada suatu hari, dgn machonya aku ingin belanja dia minum berbekalkan duit dlm poket aku ada RM10.. (ala cukup la nak minum)

pastu aku ajak la dia ke satu tempat nak gi minum, dia pun suka.. nak tau kenapa dia SUKA? sbb arah aku pergi tu menuju ke KFC. Setibanya di situ aku bukan ke KFC TAPI warung mamak bawah pokok tepi jalan tu wkakakakaka.. aku peduli apa janji aku nak belanja

Lepas tu, awek ni merungut



Awek : eh nak minom kat sini ke

Ai-e: habis nak minom kat atas dahi ke

Awek : ingatkan kat KFC... isk tak standart la tempat ni



dlm hati aku.. "celake nye, memilih" tapi tak pe... aku maybe salah bawa dia kerana mana la tau dia ni memang budak yg double standart kot hahaha

so, aku layan je minom situ sambil muka dia jadi tenuk kerana tak puas hati... so layan la sembang, borak dan aku sesekali usha TV citer melayu, sekali dia sound aku



Awek : eh awk layan citer melayu ke?

Ai-e : nape, awk tu mat saleh ke.. tak boleh ke

Awek : eeeee bosan sial citer melayu



dlm hati aku sekali lagi.. "kang aku sepak kang pompuan ni.." tapi aku sabar kerana aku ingin menjaga hati....

nak tau apa terjadi selepas tu.. tgh lepak TIBA2 ADA RANTING JATUH kat meja wkakakakaka memang betul tempat ni tak standart tapi aku peduli apa...



Awek : eeee awk jom la blah bosan la sini



WKAkaKAakAKakaakaka... dan hari2 berikutnya mcm biasa tada apa2 yg menarik.... sampai la 1 hari dia call aku



tut.. tut...tut



Awek : alo awk, awk leh amik saya tak saya nak gi cc sbb bla bla bla

Ai-e : boleh je... (dlm hati aku, boleh gak aku tau umah dia kat mana)

Awek : tapi saya bukan kat umah, saya kat umah kwn di bla bla bla dan saya tunggu awk kat bustop



aku pun dgn hensem gi amik dia di tempat yg dia suruh... setibanya aku kat situ dia sekali lagi membanyakkan songeh double standartnya itu



Awek : laaaa saya ingat awk dtg ngan kete... ngan motor tak nak arr panas, saya alah ngan panas, saya naik bas la erk.. awk tunggu kat CC



mcm2 alasan betul manusia ini, aku pun tak pe mungkin itu cara hidup dia, aku memfollow je utk menambat hati sedia eceh....

lepas tu dah sampai cc.. aku tak tanya apa2 pun, beliau yg lebih2 cerita



Awek : saya tak boleh panas, kulit saya nanti jadi bla bla... dan lagipun umah saya ada aircond dan bla bla sejuk.. bla bla

Ai-e : ye ke.... best nye (aku yakinkan aje)

Ai-e : awk dah minom? saya belikan...

Awek : beli saya oren.. saya memang suka oren kerana bla bla. pagi saya minum oren bla bla memang feberet bla bla

Ai-e : ye ke... (celake betul, jwb je la nak.. sibuk nak terangkan plak)



selang beberapa hari, dia lepak ngan aku dan dia yg lebih2 cerita pasal diri dia dan hidup dia kat aku, konon2 romantik la... hahahaha

aku pun layan je la citer dia.. dgr jr apa yg dia nak citer..



Awek : awk nak tau, ex saya dulu mati xsiden bla bla putus itu ini bla bla gaung, bla bla kojol...

Ai-e : sedey nyeee (ceh bajet menagih simpati.. aku layan je)

Awek : awk kalau nak tau, saya ada kete tapi mama pakai.. kete tu mama beli masa saya harijadi bla bla bla.. saya ada PC kat umah bla bla bla.. kalau awk call saya no dia ni 03-XXXXXXX, kalau 1minit lambat dia akan auto sambung ke umah 1 lagi

Ai-e : ye ke.. ada 2 umah ker.. wah ada kete.. ada pc lagi.. oh mcm tu

Awek : umah saya 1 tu teres kat tempat tu taman XXX, 1 lagi kat taman XXX,

Ai-e : oh ye ke ada kete.. best la kan... (ceh tak pernah nampak pun)

Awek : tu la... kete best awk.. ada aircond



itu la kisah dia.. duk poyo dgn dabel standet dia tu.. tapi aku tak kisah la sbb aku tak tau akan kebenarannya

PADA suatu hari, hari yg akan menjawab soalan ku di dalam hati ni terjawab apabila aku terjumpa kwn lama aku nama dia Eddie budak kat Flat samudra kerana aku ngan dia dah 2thn tak jumpe

kebetulan plak aku tgh lepak dgn awek ni, dan aku pun borak2 tanya kabar. maklum la kwn lama.. lepas tu awek ni nak blah lalu blah

dan aku pun sembang sembang.. tiba2 Eddie tanya aku



Eddie : awek kau ke Ai-e

Ai-e : dia suka kat aku, tapi aku tak de layan awek lagi.. sbb aku tak tau sapa sgt dia..

Eddie : oh ye ke.. apa yg kau dah tau pasal dia..

Ai-e : dia cerita bla bla bla (aku citer la dari A-Z tentang aku tau pasal awek ni, dan semua citer awek tu pada Eddie)



Tiba-tiba Eddie gelak terkeluar urat perut kaler PINK WKAKAKAKAKAKAKAAKAKAKAKAKAK

dia pun berkata



Eddie : ye ke apa dia citer kat ko mcm tu.. dia tu budak flat kat tempat aku laaa.. Celah mana dia ada 2 umah.. celah bedah mana plak dia ada kete.. celah mana plak dia anak org kaya dabel standart mahupun dabel deker

Ai-e : oh aku tidak mengerti... katakan ini mimpi

Eddie : wkakakkakakakaka ko kalau nak tau.. umah dia Flat atas sekali tu kat bumbung, kete bapak dia ada la kancil... Ex dia mana ada mati la.. sihat lagi hidup segar2 duk tgh keje

Ai-e : KuRANG AJAR, aku telah di tipu oleh wanita.. celake betul



Malam tu juga aku gi kawasan flat tu... aku duk bawa flat tu ngan Eddie lalu aku Call dia.. konon2 aku gayut la mcm setiap malam aku gayut ngan dia



Ai-e : sayang, saya sayang awk.. sayang dah makan bla bla bla

Awek : u ni best la bla bla bla..



tgh2 asyik2 aku gayut saja je pancing kasi dia happy dulu tiba2 aku tanya



Ai-e : awk, saya nak jumpa awk la.. please la.. rindu sgt

Awek : alaaa esok kan ada.. esok laa dah malam

Ai-e : alaaaa bukan jauh pun, boleh la

Awek : apa maksud awk..

Ai-e : saya ada kat bawah flat ni.. turun la sayang.. saya rindu



tiba2... TUT.... TUT..TUT...



WKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA



Sejak kejadian tu, korang nak tau? kalau dia nampak aku dia lari wooo, kalau aku kat ada kat luar 7eleven, dia tak keluar dlm 7eleven sbb malu ngan aku wkakakaka  lawak nak mampos

so disini.. aku bukan nak hina awek miskin ke apa ke.. aku berkawan tak kisah sapa korang, anak jin je anak ayam ke asalkan korang baik ngan aku.. kalau korang kaya tak payah la tunjuk kaya tu, kalau korang miskin tak payah tunjuk kesian tu... so aku tak kisah apa jua keadaan kwn aku mahupun awek yg nak ngurat aku

so.. apabila terlanjur mcm awek diatas ni.. padan muke..

BECAUSE U ASKED FOR IT AMEKAW!!!!

 P/S: ni citer betul aku.. dan tolong la jgn kata aku copy cat/copy paste/ dan curi org nye.. sbb aku tada masa nak buat keje2 bodoh tu lagipun apa aku dpt duk show citer org? baik aku show citer aku bagi korang happy dan suka dgn kisah aku :).. u all da best


                                                Jom Kita Gelek Seround

                                                                     

                                                                   













Friday, February 4, 2011

A-ie 2011

Ahaks..long time no tekan2 kibod..bwahaha..for this new year 2011 cewah i tok landon plak..by the way on highway or wrongway one way mahupun subway..tahun ni mmg paling best..ada improvement gak lam bidang kerjaya skang ni...dulu kalau cuci jamban..sekarang dah up skit..hehehe..bukan cuci kolam bukan cuci pejabat ataupun cuci mata..ini lain punya cuci..keja paling best !! cuci pinggan!! heheh dashyat tak aku! maun ya tak..kena ada diploma wooo...tak ah..acah jer..skang ni ader wat pojek sendiri skit
..bukan yang haram tau...ni halal punya..tak caya tanya mak aku.,.dia yang approve dan bagi sokongan padu dengan harapan aku dapat melayakkan diri ke final..pe aku merepek ni...ish..jap bagi aku pk dulu nak tekan huruf per...


p/s: MAK AKU MARAH SBB AKU PAKAI KASUT DIA! BWAHAHHA...OKLAH MAK...SOK A-ie BELI YANG BARU EKK...

lagu ni best!